4 Mata Maahad Tahfiz

👉🏻👆🏼👇🏼👈🏿

1. Izzuddin Shah

☝🏼 Ana tak membantu walau satu Tahfiz pun, untuk pastikan ianya selamat dan memberi tempat belajar, solat, beristirehat, beriadah dan pemakanan yg terbaik utk anak-anak yang dalam fisabilillah ini 😢😥

There are hundreds of these Tahfiz, all over Malaysia, all over the world. Most of them were opened for one main objective, for the Ustaz to teach Quran to children and insyaAllah receives the blessings of Allah.

Most of the Ustaz are Hafiz with no experience in managing a boarding school as we know it. They just nak ajar anak-anak mengaji Al-Quran.

Most have to struggle to find a suitable place and funds to set up and operate their Tahfiz.

In almost all instances they receive minimal, most likely insufficient assistance. So their Tahfiz are very³ basic and really unsuitable for a boarding school.

But they need a place to teach. And there are many⁴ parents and children seeking a place to learn Al Qur’an.

With what the Ustaz could garner, he would start teaching and before he knows it, the students would come in numbers.

So where is the problem? The Ustaz?
The Government?

I say it’s us so called Muslims. We have not done enough to support these institutions … With our expertise, our sweat and Waqaf/Infaq/Sadaqah from our Rezeki, our Doa …

I had interactions with 5 different Tahfiz. All 5 are facing problems, sustaining daily and maintaining on a non-purpose built building.

We have billions in zakat but we don’t provide facilities for the Ustaz and the Tahfiz students.

(and those who supports taxation as a form of zakat, then where are the government funding for Tahfiz?)

What’s the solution?

If I may suggest, each GLC as part of their CSR/WAQAF to take the responsibility to upgrade and maintain the upkeep of 70 Tahfiz each.

May Allah SWT redha dengan mereka para Syuhada, kurniakan mereka Jannatul Firdaus dan semoga semua Ustaz dan Ustazah yg berkhidmat keranaNya di beri Taufik dan Hidayah serta bantuan yang besar di akhir zaman ini.

2. Fatimah Muzaffar

Serba x kena buat urusan agama
Ditohmah, dikecam, dihina, di lekeh,
Manusia berkata tanpa berfikir
Mengajar tanpa membantu
Bertegas tanpa kompromi

Sakit Jiwa kami
Luruh Hati kami
Luka Perasaan kami
Rasa mahu beralah
Give up, Drop everything & go

Mana mereka ambil peduli kemaslahatan org macam kami
Yang hakikatnya pada kami x pernah cukup
Kerana orang berpendapat agama itu free
Bila diletak harga, dituduh jual agama
Bila buat cara professional, dikata tunggang agama

Yang hanya dilihat
Harta kami
Dituduh pula memanipulasi kan sumbangan
Allah, sekiranya mereka juga tahu
Allah janji menjaga mereka yang menjaga agamaNya
Harta yang ada ini nikmat
Juga fitnah

Yuran dibayar jika ada
Jika tiada, berdiam diri seribu bahasa
Anak dihantar tanpa serba salah
Anak ini juga masih harus diberi makan
Diberi pelajaran
Mana mungkin kita asingkan dia atas kelemahan ibu bapanya

Disini
Tak sudah muka yang sama mohon bantuan
Malu menunduk simpan ego
Mengharap simpati orang yg berkemampuan
Ayat disusun, mengagungkan mereka yg berada
Dengan harapan ada sedikit hasil untuk Tahfiz
Supaya lega pembayaran yang tertunggak
Kerana pekerja, bil & tuan rumah telah mengugut

Eh, kan dah kasi haritu
Allah ~ maaf
Tak ada rezki disitu
Mana lagi harus dicari
Keajaiban dari Allah SWT shj diharapkan

Allah, kuatkan kami
Kami akan berusaha yang terbaik untuk sejukkan negara ini
Selagi Kau kata panjang umur perjuangan kami ini
Selagi tu kami akan berusaha
Hanya kepadaMu kami berharap

Kuat kami pegang hadis Nabi Muhammad SAW
Dunia Penjara Mukmin
Dan Syurga Kafir

Biarlah susah nya didunia
Di syurga kelak semoga kami antara yg terpilih
Ameen

Al Fatihah buat anak2 & guru-guru Tahfiz
AMEEN

3. Dr. MAZA menulis

Buat sekian kalinya kita mendengar trajedi pusat tahfiz. Sekali lagi saya bangkit apa yang pernah saya catat beberapa bulan lepas;

SEKOLAH TAHFIZ DAN AGAMA: ANTARA KEMURNIAN NIAT DAN PENGURUSAN YANG LEMAH

Kebelakangan ini timbul beberapa isu tentang sekolah agama dan tahfiz persendirian yang tumbuh serata tempat. Pelbagai isu berbangkit, termasuk kebakaran, kes penyiksaan, kematian pelajar dan pelbagai isu keselamatan yang lain. Di sini saya ingin sebut beberapa nota ringkas untuk perhatian ibubapa yang mulia hasrat mereka dan pihak berwajib. Antaranya;

1) Ramai, bahkan mungkin keseluruhan ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah agama dan tahfiz dengan hasrat dan niat yang baik. Namun ramai dalam kalangan mereka mungkin tidak begitu memahami ataupun memikirkan secara seimbang apakah yang mereka mahu bagi masa depan anak-anak tersebut. Kalangan mereka, disebabkan tidak begitu memahami agama menganggap hanya dengan belajar di sekolah agama maka itu sudah memadai. Tidaklah mereka faham apa yang dimaksudkan dengan ‘tafaquh’ atau mendalami agama dalam ertikata yang sebenar. Ini menyebabkan mereka tidak dapat menilai walaupun secara umum kedudukan ataupun kualiti sekolah agama yang mereka hantar anak-anak mereka belajar.

2) Ibubapa hendaklah sedar, bahawa anak-anak kita membesar dan akan hidup di era ini. Era yang penuh dengan cabaran terhadap agama dan menuntut kemampuan memahami teks dalam konteks yang betul. Justeru itu, pendidikan agama yang baik hendaklah diseimbangkan dengan keperluan cabaran masa kini. Demikian, amat penting untuk difahami bahawa menjadi ilmuwan agama bukan sekadar menghafal nas dan bernasyid semata, tetapi hendaklah mampu memahami apa yang dihafal dan dapat menghuraikan makna Islam selaras dengan tuntutan semasa.

3) Jika hasrat ibubapa itu sekadar memberikan pengetahuan asas agama kepada anak-anak mereka, hendaklah mereka sedar bahawa anak-anak mereka selain dari bersolat dan berzikir, juga perlu hidup seperti manusia lain. Maka ilmu yang membolehkan mereka mencari rezeki yang halal amatlah diperlukan. Ini sama ada mata pelajaran akademik lain selain mata pelajaran agama, ataupun ilmu kemahiran hidup yang membolehkan penerusan hidup mereka di masa hadapan.

4) Ibubapa hendaklah tahu bahawa bukan semua yang dipanggil ustaz itu baik kualiti bahasa Arab dan bagus pengetahuan agamanya. Lebih daripada itu, gelaran ustaz bukan jaminan kemaksuman seseorang sehingga kita boleh mempercayai segala yang dia beritahu tanpa penelitian dan siasatan. Maka, langkah berwaspada untuk masa depan anak-anak kita adalah sesuatu yang dituntut.

5) Terdapat sekolah tahfiz dan agama swasta yang baik , mengikut peraturan dan berkualiti. Ini dapat diukur dengan banyak ciri, antaranya kualiti kelulusan guru-guru yang mengajar, sukatan pelajaran dan persekitaran pembelajaran. Secara umumnya, sekolah-sekolah agama ataupun tahfiz di bawah Kementerian Pendidikan diurus tadbir dengan baik di sudut kualiti pelajaran.

6) Namun tidak boleh dinafikan di sana terdapat sekolah agama dan tahfiz diwujudkan tanpa melengkapi keperluan yang sepatutnya. Sebahagiannya hanya kerana semangat ‘ustaz-ustaz’ tertentu yang ingin menubuhkan sekolah sendiri di atas pelbagai tujuan peribadi lalu diwujudkan sekolah mereka sendiri sekalipun tidak memenuhi keperluan pendidikan yang sepatutnya. Ada ustaz dia sendiri gagal dahulunya gagal dalam pendidikan, akhirnya membuka sekolah sendiri tanpa memiliki sijil ataupun latihan pendidikan yang sepadan. Apakah lagi untuk memiliki diploma atau sijil perguruan. Akhirnya, mereka menjadi tenaga pengajar yang tidak cukup ilmu dalam bidang pendidikan dan kaedah ataupun pedagogi pengajaran.

7) Sekolah-sekolah yang tidak berkualiti itu, bagi menjimatkan kos gaji guru, mereka mengambil sesiapa sahaja yang bersedia mengajar sekalipun bukan bidang berkaitan. Maka tenaga pengajar yang tidak cekap, tidak berpengalaman dan ‘bidan terjun’ ataupun ‘tangkap muat’ mengajar di sekolah-sekolah tersebut. Individu yang tidak begitu tahu bahasa Inggeris mengajar Bahasa Inggeris, yang tidak mahir matematik mengajar matematik, sains, sejarah dan seterusnya. Sebahagian mereka bekerja ini hanya sementara menunggu peluang pekerjaan lain, maka tahap tanggungjawab juga rendah.

8) Terdapat pemilik-pemilik sekolah tahfiz dan agama yang menubuhkan sekolah mereka untuk kepentingan diri mereka. Mereka guna nama tahfiz dan agama untuk mengutip derma dan sumbangan. Wang yang disumbangkan itu, tidak mempunyai jawatankuasa ataupun badan audit ataupun amanah yang mengawal. Akhirnya jika tidak amanat, pemilik tahfiz ini mewah dengan sumbangan orangramai, sementara sekolah mereka dalam keadaan daif. Lebih dukacita lagi, ada yang menggunakan pelajar untuk mengutip derma sehingga kita lihat, anak-anak tahfiz di lebuh raya, kedai makan, pasaraya dan seumpamanya untuk mengutip wang daripada orang ramai.

9) Dukacita, akhirnya yang menjadi mangsa ialah ibu bapa dan anak-anak muslim yang ingin mencari ilmu agama tetapi tersalah tempat kerana ‘sangkaan’ baik kepada pusat-pusat tahfiz ataupun sekolah agama yang sedang tumbuh bagaikan cendawan ini.

10) Justeru, bagi menyelamatkan masa depan anak-anak umat Islam, perkara ini hendaklah diteliti dan dipantau oleh pihak yang bertanggungjawab.

4. Normaliza Mahadi

Kita hantar anak pergi Tahfiz sebab anak kita ada potensi untuk menghafal ayat Allah. Anak kita cemerlang. Berminat. Cerdik. Ada jalan untuk dia pula jadi pengajar pada masa hadapan. Dia pun memang nak pergi.

Kita BUKAN hantar anak pergi sana sebab

1. Kita nak anak kita bawak kita ke syurga sedangkan kita sendiri malas nak beribadah. Kita sendiri tak boleh berhenti merokok. Kita sendiri solat lewat waktu. Kita sendiri tak baca AlQuran. Kita sendiri tak tau baca AlQuran dan tak mahu belajar dengan alasan dah tua. Kita sendiri sikap panas baran dan tak berusaha nak berubah. Dan kita pun tak hafal2 surah selain dpd bacaan solat sahaja.

2. Kita tak boleh kawal lagi anak kita. Anak kita tak boleh diajar. Melawan. Ponteng sekolah dan sebagainya. Anak kita pelajar bermasalah. Sekolah Tahfiz perlukan pelajar cemerlang bukan pelajar yang kecundang.

3. Kita miskin. Tak ada pendapatan tetap. Tak boleh nak bagi anak keperluan. Jadi hantar sekolah Tahfiz supaya sekolah boleh tanggung anak kita. Dan sekolah tahfizpun terpaksalah meminta2. Kita hantar anak kita sebab anak kita ada potensi bukan sebab miskin.

4. Hantar anak sebab tak ada masa sangat nak didik anak. Jadi hantarlah kat sana supaya anak boleh dididik. Tak begitu. Nak didik anak 3 orang pun tak larat. Habih tu, cikgu sekolah Tahfiz tu larat ke nak didik dengan budak sampai 100 orang?

5. Anak kita anak yatim. Anak yatim sesuai tinggal rumah anak yatim bukan pusat tahfiz. Namun, anak yatim yang berpotensi boleh dihantar ke pusat tahfiz. Dia dihantar sebab potensi bukan sebab yatim.

6. Dan sebab2 lain seperti perpecahan keluarga dan sebagainya.

Pusat Tahfiz ni agendanya lebih besar daripada Oxford University.

Oxford University bukan boleh redah aje. Nak suka2 masuk. Mereka hanya menerima pelajar cemerlang, terbilang dan gemilang macam KJ. Pelajar bermasalah dan kurang pencapaian, tiada tempat di universiti ini.

Jadi kita sendiri kena mulakan memperkasakan Sekolah/Pusat Tahfiz. Menukar mindset mengapa hantar anak ke sana adalah penting. Mindset kita menentukan hala tuju sekolah ini.

SESIAPA YANG TIDAK BERSETUJU DENGAN PANDANGAN SAYA BOLEH BUAT POST SENDIRI. Harap maklum.

Normaliza Mahadi
#khidmatmasyarakat

Advertisements

Berniat bila membaca al Quran

1- اقرأ القرآن لأجل العلم والعمل به.
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan belajar dan beramal dengannya

2- اقرأ القرآن بقصد الهداية من الله.
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan memohon hidayah daripada Allah SWT

3- اقرأ القرآن بقصد مناجاة الله تعالى.
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan untuk bermunajat kepada Allah.

4- اقرأ القرآن بقصد الإستشفاء به من الأمراض الظاهرة والباطنة.
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan menyembuhkan penyakit zahir dan batin.

5- اقرأ القرآن بقصد أن يخرجنى الله من الظلمات إلي النور.
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan meminta kepada Allah SWT untuk mengeluarkan saya drp kegelapan (maksiat) kepada cahaya (iman)

6- اقرأ القرآن لأنه علاج لقسوة القلب فيه طمأنينة القلب وحياة القلب وعمارة القلب.
Saya niat baca alQuran ini kerana ia merupakan rawatan bagi hati yang keras, dengan alQuran ini hati menjadi tenang, hidup dan ma’mur (dengan iman)

7- اقرأ القرآن بقصد أن القرآن مأدبة الله تعالى.
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan (untuk menikmati) jamuan/hidangan dari Allah Taala.

8- اقرأ القرآن حتى لا أكتب من الغافلين وأكون من الذاكرين.
Saya niat baca alQuran ini supaya saya tidak ditulis termasuk daripada kalangan orang yang lalai; bahkan saya ingin ditulis daripada kalangan orang yang mengingati Allah.

9- اقرأ القرآن بقصد زيادة اليقين والإيمان بالله.
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan untuk menambahkan keyakinan dan keimanan kepada Allah

10- اقرأ القرآن بقصد الإمتثال لأمر الله تعالي بالترتيل.
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan mentaati perintah Allah SWT yang menyuruh untuk membaca alQuran dengan tartil.

11- اقرأ القرآن للثواب حتى يكون لى بكل حرف 10 حسنات والله يضاعف لمن يشاء.
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan mendapat pahala sehingga dituliskan 10 ganjaran kebaikan bagi saya atas setiap satu huruf yang saya baca, sesungguhnya Allah melipatgandakan ganjaran bagi orang yang Dia mahu.

12- اقرأ القرآن حتى أن أنال شفاعة القرآن الكريم يوم القيامة.
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan untuk mendapat syafaat alQuran pada hari kiamat kelak

13- اقرأ القرآن بقصد إتباع وصية النبى ﷺ.
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan mengikuti wasiat Nabi SAW

14- اقرأ القرآن حتى يرفعنى الله به ويرفع به الأمة.
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan semoga Allah SWT mengangkat darjat saya dengan alQuran dan mengangkat darjat umat ini dengan alQuran

15- اقرأ القرآن حتى أرتقي في درجات الجنة وألبس تاج الوقار ويكسي والداى بحلتين لا يقوم لهما الدنيا.
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan untuk dinaikkan kedudukan saya di syurga dan dapat dipakaikan mahkota kemuliaan, dan juga utk ibubapa saya juga semoga dipakaikan dengan perhiasan yang tidak diberikan ketika di dunia

16- اقرأ القرآن بقصد التقرب إلي الله بكلامه.
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan untuk dekatkan diri kepada Allah SWT melalui kalamNya

17- اقرأ القرآن حتى أكون من أهل الله وخاصته.
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan agar dimasukkan daripada kalangan ahlillah dan daripada kalangan orang-orang yg khusus

18- اقرأ القرآن بقصد أن الماهر بالقرآن مع السفرة الكرام البررة.
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan (agar digolongkan dari kalangan) orang yang mahir membaca Quran akan bersama para Malaikat yang mulia lagi taat

19- اقرأ القرآن بقصد النجاة من النار ومن عذاب الله
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan agar diselamatkan daripada neraka dan azab Allah

20- اقرأ القرآن حتى أكون في معية الله تعالي.
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan agar hati saya dapat merasai kebersamaan Allah SWT

21- اقرأ القرآن حتى لا أرد إل أرذل العمر.
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan agar tidak menghinakan/mensia-siakan umur

22- اقرأ القرآن حتى يكون حجة لى لا علىّ.
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan agar ia menjadi saksi baik bagi saya dan tidak pula menjadi saksi buruk ke atas saya.

23- اقرأ القرآن بقصد أن النظر في المصحف عبادة.
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan untuk melihat kepada mushaf yang mana perbuatan itu adalah satu ibadah.

24- اقرأ القرآن حتى تنزل علىّ السكينة وتغشانى الرحمة ويذكرنى الله فيمن عنده.
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan agar diturunkan sakinah ke atas saya, dan diliputi rahmat buat diri saya, dan disebut nama saya oleh Allah SWT kepada makhluk di sisiNya.

25- اقرأ القرآن بقصد الحصول على الخيرية والفضل عند الله.
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan mendapat kebaikan dan kelebihan di sisi Allah

26- اقرأ القرآن حتى يكون ريحي طيب.
Saya niat baca alQuran agar aroma (bau mulut) saya menjadi harum (dengan lantunan Quran)

27- اقرأ القرآن حتى لا أضل في الدنيا ولا أشقي في الآخرة.
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan agar saya tidak tersesat di dunia dan tidak ditimpa celaka di akhirat

28- اقرأ القرآن لأن الله يجلى به الأحزان ويذهب به الهموم والغموم.
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan agar Allah menghindarkan dirinya akan segala kesedihan, serta menghilangkan kerisauan dan kegusaran

29- اقرأ القرآن ليكون أنيسي في قبري ونور لي علي الصراط وهادياً لي في الدنيا وسائقاً لي إلى الجنة.
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan agar ia menjadi peneman saya di dalam kubur dan cahaya bagi saya ketika melintasi titian Sirath, dan petunjuk saya ketika di dunia, dan pemandu saya untuk ke syurga.

30- اقرأ القرآن ليربينى الله ويؤدبنى بالأخلاق التي تحلى بها الرسول ﷺ.
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan agar Allah mentarbiah saya, dan mengajar adab kepada saya dengan akhlak yang dihiaskan akannya kepada Rasulullah SAW

31- اقرأ القرآن لأشغل نفسي بالحق حتى لا تشغلني بالباطل.
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan menyibukkan diri saya dengan al-Haq, sehingga tidak mampu kebatilan yang menyibukkan saya.

32- اقرأ القرآن لمجاهدة النفس والشيطان والهوى.
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan untuk mujahadah melawan nafsu, syaitan dan keinginan kepada selain Allah.

33- اقرأ القرآن ليجعل الله بينى وبين الكافرين حجاباً مستوراً يوم القيامة.
Saya niat baca alQuran ini dengan tujuan memohon agar Allah memisahkan saya dengan para kafirin di akhirat kelak.

~ Ustaz Hanafi alHadromi ~

Mbah Ngis dan Resep Berdagang yang Mendatangkan Berkah

Mahbib, NU Online | Ahad, 30 Juli 2017 21:02

Sebagai

pedagang kecil yang menjual makanan kecil di pondok, Mbah Ngismatun Sakdullah Solo (wafat 1994)–biasa dipanggil Mbah Ngis–memiliki cara sendiri dalam berdagang yang sulit dipahami orang lain. Pak Udin, salah seorang anak Mbah Ngis, merasa sulit memahami mengapa Mbah Ngis sering tidak mau pusing dengan persoalan untung dan rugi. Mbah Ngis memilih cara hati-hati dalam berdagang sehingga tidak asal mendapatkan untung.

Suatu hari, Pak Udin menyampaikan usul kepada Mbah Ngis agar barang-barang atau makanan konsinyasi yang tidak laku terjual supaya dikembalikan kepada pemasoknya sesuai kesepakatan agar tidak merugi. Mbah Ngis tidak setuju dengan usul tersebut, tetapi malahan lebih suka menyedekahkannya kepada anak-anak santri putra di pondok yang notabene mereka bukan pelanggan warungnya karena Mbah Ngis hanya melayani santri putri.

Mbah Ngis memiliki beberapa alasan terkait dengan sikapnya tersebut. Pertama, Mbah Ngis merasa kasihan kepada pemasoknya kalau harus menerima kembalian barang-barang yang tak laku. Kedua, Mbah Ngis merasa kasihan kepada beberapa santri putra yang merasa lapar sehabis belajar malam sementara uang sudah tak punya.

Selain itu, Pak Udin juga pernah usul agar uang hasil penjualan barang-barang konsinyasi yang sudah laku terjual supaya diputar dulu untuk tambahan modal dengan harapan dapat meningkatkan omzet penjualan dan keuntungan. Alasan Pak Udin adalah orang yang menitipkan dagangan itu baru datang menagih pada hari berikutnya atau dua hari kemudian.

Terhadap usulan Pak Udin di atas, Mbah Ngis menjawab, “Aku hanya berani mengambil labanya saja dari barang-barang titipan orang. Sedang uang setoran milik pemasok, aku tidak berani memutarnya. Aku khawatir kalau uang itu aku putar, maka tidak akan mbarokahi karena menggunakan uang yang bukan miliknya.”

Biasanya, uang setoran itu oleh Mbah Ngis digulung, lalu diikat dengan karet untuk memastikan agar tidak tercecer atau terpakai untuk keperluan lain. Selain alasan takut tidak mbarokahi, Mbah Ngis juga merasa khawatir akan mengecewakan pemasok. Misalnya, ketika pemasok datang menagih uang setoran, Mbah Ngis tidak bisa memberikannya karena, misalnya, uang yang diputar itu belum kembali menjadi uang tunai karena barang yang didapat dengan “modal ghashaban” itu belum laku terjual.

Meski mendapat pendidikan hingga perguruan tinggi, Pak Udin mengaku sulit memahami cara berpikir ibunya dalam berdagang. “Apakah seperti itu yang disebut berdagang dengan Tuhan?” Tanya Pak Udin pada diri sendiri.

Hal yang membuat Pak Udin heran tetapi sekaligus mensyukurinya adalah meskipun Mbah Ngis kurang memikirkan keuntungan dalam berdagang, nyatanya Mbah Ngis dapat menghidupi keluarganya dan mampu membiayai sekolah anak-anaknya hingga pendidikan tinggi. Pak Udin menduga kuat cara Mbah Ngis berdagang dengan hati-hati atau wara’ itu mbarokahi sehingga menghasilkan rezeki yang walaupun tidak berlimpah tetapi cukup untuk memenuhi kebutuhan keluarga.

Muhammad Ishom, dosen Fakultas Agama Islam Universitas Nahdlatul Ulama (UNU) Surakarta

Rohingnya BENARKAH BUAT MALAYSIA TERSEPIT?

ROHINGYA : BENARKAH BUAT MALAYSIA TERSEPIT? SATU JAWAPAN “CHECKMATE”.

Tulisan : Ustaz Hakim Mohd Nor, Setiausaha Serantau Muslim,019-4505360, muhakim@gmail.com, http://www.smuslim.com

1. Mereka dibunuh, dirogol, dibakar hidup-hidup. Rumah mereka dimusnahkan, tanah mereka dirampas, tidak dibenarkan untuk bekerja, dinafikan peluang pendidikan. Hak asasi mereka sebagai manusia dinafikan. Bahkan dihalau dari tanah air sendiri. Hingga digelar oleh PBB sebagai etnik paling tertindas di dunia.
.
2. Itulah Rohingya. Etnik yang menjadi bualan ramai pihak sejak sekian lama. Ramai yang simpati kepada nasib mereka. Namun, tak semena-semena, terbit tulisan menggesa Rohingya berhenti buatkan Malaysia tersepit.
.
3. Soalannya, benarkah Rohingya buat Malaysia tersepit? Mari kita jawab artikel tersebut secara fakta dan bukti empirikel.
.
4. Pertamanya, sebelum saya menulis jawapan balas artikel tersebut, suka saya ingatkan bahawa saya bukanlah mahu mengatakan saya paling faqih dalam isu Rohingya ini. Cuma saya terpanggil untuk menjawab kerana terdapat beberapa fakta boleh dianggap mengelirukan dan tidak tepat dalam artikel tersebut. Apatah lagi sejak beberapa tahun kebelakangan ini saya cukup aktif dalam isu isu pembelaan etnik Rohingya.
.
5. Mungkin ada tertanya apa autoriti saya dalam menulis isu Rohingya ini. Dengan penuh rendah diri, saya hanya boleh katakan saya hanya insan kerdil dalam perjuangan membela Rohingya ini. Namun, bila bekerja secara pasukan, saya tahu saya akan jadi kuat. Dan kekuatan kami di NGO Serantau Muslim adalah kerana kami fokus. Setahun dua ini memang kami bergelumang dalam isu Rohingya ini secara langsung. Saya dan Dr Raja Iskandar ,Pengerusi Serantau Muslim telah berjaya menulis dua buah buku berkaitan Rohingya dan saya juga menjadi editor kepada satu buku lain terbitan DMDI.
.
6. Dalam perjuangan membela Rohingya, Serantau Muslim turun padang bermandi lumpur bersama Rohingya dengan masuk sendiri ke wilayah bergolak Arakan (Rakhine) beberapa kali tahun ini. Kali terakhir kami ke sana pada Ramadhan lepas untuk menyantuni dan menyampaikan bantuan kepada mereka. Dan kami juga merupakan salah seorang pencetus dan juga peserta program Food Flotilla For Myanmar, kapal flotilla yang berlayar dari Malaysia ke Myanmar serta Bangladesh.
.
7. Dalam siri pembelaan Rohingya, Allah berikan saya dan pasukan Serantau Muslim kekuatan untuk pergi menyantuni Rohingya di kem-kem pelarian Rohingya di Acheh, Indonesia dan Bangladesh. Kami juga tuntas bangkit pertahankan sekolah Rohingya yang hendak dirobohkan di Selangor hingga mendapat liputan berita utama. Dan kami tidak berhenti disitu, kami pergi sendiri ke ibu pejabat PBB di KL, Pejabat ASEAN di Jakarta dan Pejabat Komanwel di London semata mata untuk membawa isu Rohingya ini.
.
8. Pointnya, kami sangat fokus dalam isu Rohingya ini. Dan hati kami cukup terhiris apabila membaca artikel yang mengatakan Rohingya tak sedar diri, Rohingya keras kepala, Rohingya tak sedar dek untung dan lain lain. Semua mesej ini memberi gambaran betapa malang dan tersepitnya Rakyat Malaysia membantu dan melindungi Rohingya. Persoalannya, benarkah semua dakwaan itu?
.
9. Izinkan saya menjawab satu persatu tulisan yang tular tersebut. Pertamanya isu demonstrasi di Kuala Lumpur. Sabar dulu. Jangan cepat melatah. Kena tabayyun maklumat sebenar. Hakikatnya, mereka berhimpun bukan kerana nak tuntut kerakyatan Malaysia mahupun nak minta Malaysia benarkan lebih ramai pelarian Rohingya datang ke Malaysia. Sebaliknya mereka hadirkan kerana kami para NGO Islam (MAPIM, KP1M, PASRELIEF, SERANTAU MUSLIM dan ramai lagi) yang menyeru mereka hadir bersama sama menyokong kami menyerahkan memorandum kepada kedutaan Myanmar.

Saya ulang, kepada kedutaan Myanmar, bukan kepada kerajaan Malaysia. Mereka hadir tanda solidariti terhadap tindakan kami.

Ya lah, memang sewajarnya mereka hadir kerana memo yang kami hantar itu adalah memo mempertahankan hak mereka. Kami ketuai penghantaran memo tersebut dan mereka hadir menyokong tindakan kami. Apa masalahnya di situ?
.
10. Keduanya, berkaitan dengan asal usul Rohingya di Arakan. Berdasarkan penulisan yang tular tersebut, sumber rujukan penulis asal ialah business associate nya di Bangladesh. Namun sayang, faktanya kebanyakan tidak tepat bahkan menyimpang jauh dari kebenaran. Beliau menulis bahawa orang Rohingya ada di Myanmar kerana dibawa oleh British menjadi buruh di Myanmar. Fakta dari mana ni? Totally wrong. Saudara, orang Rohingya ini adalah etnik yang telah lama wujud di wilayah Arakan (sekarang di kenali sebagai Rakhine). Mereka ini ialah orang asal (indigenous people) di wilayah ini.
.
11. Penghuni asal wilayah Arakan ini ialah etnik Rohingya, mereka beragama Islam. Bahkan kerajaan mereka adalah kerajaan Islam dan menggunakan dinar emas sebagai matawang mereka sendiri. Dinasti Islam Arakan atau Kerajaan Mrauk U telah bertapak selama lebih 355 tahun sejak tahun 1430 sehinggalah tahun 1785.

Dinasti tersebut telah berakhir apabila mereka tewas kepada peperangan dengan Dinasti Konbaung yang berpusat di Yangon pada tahun 1785. Mereka dijajah oleh Kerajaan Buddha (Dinasti Konbaung) selama hampir 39 tahun hinggalah British pula yang menjajah Arakan pada tahun 1825 hasil dari perjanjian Anglo-Burma pertama.
.
12. Penjajahan oleh British ini telah menyaksikan pentadbiran wilayah Arakan dari Yangoon telah dipindahkan ke pentadbiran British di India. Secara automatik, Arakan terputus hubungan dengan Yangon. Hinggalah pada tahun 1948, apabila Myanmar mencapai kemerdekaan dari penjajahan British, British menghadiahkan wilayah Arakan ini kepada Myanmar.

Arakan yang tiada kaitan dengan Myanmar selama hampir 123 tahun itu kembali menjadi sebahagian dari wilayah Myanmar dan semua rakyat di dalam Arakan termasuklah etnik Rohingya menjadi warga Myanmar atau nama lamanya Burma.
.
13. Dari fakta ini jelas menunjukkan penulis asal telah menyeleweng fakta dengan mengatakan orang Rohingya berasal dari luar dan dibawa menjadi buruh di Myanmar. Penulis juga telah menyeleweng fakta yang diungkapkan oleh Perdana Menteri pertama Myanmar iaitu U Nu yang mengatakan Rohingya sebagai orang asal (indigenous people) di Myanmar. Hakikatnya, orang Rohingya yang mendapat kerakyatan Myanmar telah menjadi warga yang baik termasuklah menunaikan tanggungjawab mengundi serta bertanding dalam pilihan raya dan ada diantara mereka memenangi pilihan raya dan menjadi ahli parlimen. Antaranya ialah Abdul Bashar, Zhora Begum, Abul Khair, Abdus Sobhan , Rashid Ahmed dan Nasiruddin (U Pho Khine). Bahkan, bukan sekadar itu, orang Rohingya juga telah diangkat menjadi Menteri Kesihatan Myanmar iaitu Sultan Mahmood.
.
14. Namun, semuanya berubah apabila kerajaan junta tentera pimpinan Generel Ne Win mengadakan rampasan kuasa (coup de teat) pada tahun 1962. Siri serangan dilakukan oleh junta tentera yang bertulang belakangkan Sami Buddha terhadap Rohingya.

Antara siri serangan terhadap Rohingya ialah serangan Nagasari pada tahun 1978 yang menyaksikan ratusan ribu orang Rohingya lari keluar menyelamatkan diri pada tahun tersebut.

Dan pada waktu itu, difahamkan buat kali pertama orang Rohingya sampai ke Malaysia untuk mendapat perlindungan. Fakta ini semua ingin membuktikan satu perkara penting iaitu Rohingya sememangnya adalah orang asal di Myanmar dan bukannya buruh yang dibawa masuk oleh British ke Myanmar.
.
15. Ketiga, penulis tulisan tular itu juga mengatakan orang Rohingya suka menggangu ketenteraman dan memberontak.

Erm … Saudara, kalau ibu, kakak dan adik perempuan saudara dirogol dan diperkosa, saudara nak duduk diam sahaja ke?

Ayah dan abang saudara dibunuh dan dipenggal kepala di depan mata, takkan saudara tidak memberontak? Nak redha dan tepuk tangan gembira?

Aneh sungguh hujah saudara. Sedangkan anak kecil pun kalau kita rampas gula-gula dari tangannya pun dia akan memberontak, inikan pula kekejaman yang melampaui batas kemanusiaan. Dan sesungguhnya mereka bukan suka suka memberontak sebaliknya hanya bertindak demikian kerana diganggu hak asasi mereka untuk hidup.

Itupun jumlah yang memberontak sangat minima dan terhad akses mereka di dalam kampung mereka sahaja. Majoriti mereka hanya mampu menangis dan pasrah pada takdir. Kalau saudara duduk di tempat mereka, agaknya apa pula tindakan saudara ya?
.
16. Keempat, Penulis juga berhujah katanya kalau Rohingya dapat berkelakuan baik dan berintegrasi dengan masyarakat Buddha di Myanmar, sudah pasti tiada masalah untuk mereka diiktiraf kewarganegaraan. Saudara, ini satu tulisan yang cukup menyimpang.

Tahukah saudara bahawa pada tahun 1982 kerajaan Myanmar telah menggubal perlembagaan dan hanya mengiktiraf 134 entik di sana, sekaligus menjadikan Rohingya sebagai etnik yang tidak berwarganegara. Mereka dipaksa mengaku sebagai pelarian Benggali yang datang ke Myanmar. Sedangkan mereka adalah orang asal di tanah mereka. Mereka pernah keluar mengundi sebagai warganegara bahkan menjadi sebahagian daripada ahli parlimen dan menteri. Secara tiba-tiba kerakyatan dicabut. Bagaimana mereka nak berintegrasi jikalau mereka sendiri tidak diiktiraf sebagai warganegara?
.
17. Sebagai contoh mudah untuk saudara faham, boleh saudara bayangkan tiba-tiba di Malaysia, kerajaan umumkan orang Melayu bukan warganegara dan dikehendaki mengaku sebagai orang Bangladesh (sebagai contoh) sekiranya mahu kekal sebagai warga Malaysia. Boleh saudara terima keadaan itu?Sedangkan Melayu mempunyai sejarah , budaya dan warisan tersendiri. Sudah tentu kita tidak dapat menerima keadaan ini. Itulah yang berlaku terhadap Rohingya. Kerajaan Myanmar mengatakan Rohingya tidak wujud dan claim mereka ini Benggali. Lebih teruk lagi, Aun San Suu Kyi sendiri pada Mei 2016 siap mengeluarkan arahan larangan menggunakan perkataan Rohingya di Myanmar. Bahkan nama Arakan pun ditukar kepada Rakhine untuk menutup fakta sejarah. Nampak tak permainan depa?
.
18. Kelima, Penulis juga membawa kisah IPB (Indigenous People of Bangladesh), kononnya IPB terima tawaran Bangladesh untuk menjadi warganegara kerana sudi untuk hidup berintegrasi dengan majoriti rakyat Benggali . Disinilah sisi pandang silap penulis, apabila tidak menekan bahawa IPB diberikan kewarganegaraan . Isu paling penting di Myanmar, adalah isu kewarganegaraan. Rohingya dinafikan hak warganegara. Bukannya isu Rohingya tidak boleh integrasi. Hakikatnya, mereka sudah pernah berjaya integrasi dan menjadi sebahagian ahli parlimen kerajaan pun. Tapi mengapa tiba-tiba tarik balik kerakyatan mereka dan menafikan hak-hak asasi hidup, pendidikan, bergerak, memilik harta dan pelbagai lagi nikmat warganegara? Jadi sangat tidak adil mengatakan Rohingya tidak boleh integrasi menyebabkan mereka tidak mendapat warganegara.
.
19. Keenam, amat tidak adil mengatakan Rohingya secara keseluruhan bermasalah kalau disandarkan kepada satu dua insiden kecil. Sebagaimana wujud juga satu dua orang Melayu bermasalah, kita tidak wajar menghukum seluruh bangsa Melayu bermasalah. Begitu juga, tidak adil penulis menghukum Rohingya bangsa keras kepala tanpa membawakan sebarang bukti melainkan hanya dakwaan liar yang sangat tidak valid, iaitu masyarakat Rohingya tidak bersama dengan dasar asimilasi Myanmar.
.
20. Saudara, nak asimilasi apanya kalau mereka sendiri tidak diiktiraf sebagai warganegara. Kemudian saban tahun semenjak junta tentera merampas kuasa pada 1962, tak kurang dari 19 siri serangan dilancarkan kepada penduduk Islam Rohingya. Nampak tak seolah-olah saudara cuba meletakkan Rohingya di kandang orang bersalah sedangkan mereka ini setiap masa dibuli, dibunuh, dirogol dan dirampas hak mereka. Sepatutnya saudara perlu menulis menyalahkan kerajaan Myanmar kerana tidak berasimilasi dengan Rohingya dan bukan sebaliknya.
.
21. Ketujuh, Penulis juga mengatakan tidak setuju menganggap Myanmar sebagai religious state. Di sini nampaknya penulis tidak sedar kuasa dan pengaruh sami Buddha di Myanmar. Uprising 8888 yang terkenal dan telah mengangkat nama Aun San Suu Kyi itu sendiri sebenarnya berlaku hanya setelah sami Budha turun sama ke jalanan untuk berdemonstrasi. Penulis mungkin tidak tahu disana wujud Gerakan Yabata/969 yang diketuai oleh sami Budha Akhsin Wirathu yang sentiasa membakar sentimen kebencian terhadap orang Islam di Myanmar.

Majalah terkemuka dunia iaitu TIMES sendiri telah memaparkan muka Akshin Wirathu ini sebagai cover depan majalah dengan caption the face of buddhist terror. Akshin ini juga telah menyifatkan orang Islam ini sebagai anjing. Rakaman video ucapan kebenciannya ada tersebar di merata tempat.

Jadi, hujah penulis mengatakan masjid dibina bersebelahan kuil dibina tanpa ancaman adalah tidak benar sama sekali. Saya sendiri semasa ke Yangon pada tahun 2012 menyaksikan masjid di bakar oleh pelampau agama dan menyebabkan kematian beberapa guru agama Islam di sana.
.
22. Kelapan, penulis kena tahu, di wilayah Rakhine itu bukan hanya diduduki oleh etnik Rohingya sahaja ada. Di situ juga wujud etnik Rakhine. Kalau hujah penulis Rohingya ini tidak diberikan warganegara kerana hidup dalam keadaan isolated (terasing), maka sudah tentu etnik Rakhine ini isolated (terasing) juga kerana duduk dan menginap di tempat yang sama.

Tapi kenapa yang tidak diberi kewarganegaraan dan dibunuh itu hanya Rohingya sahaja. Kenapa etnik Rakhine dibiarkan hidup tanpa sebarang gangguan? Tak lain tak bukan ada faktor terpenting dan terbesar, iaitu kerana Rohingya itu Islam.
.
23. Kesembilan, Saudara, jangan pandang sebelah mata isu keagamaan ini. Benar, apa yang berlaku sekarang adalah isu kemanusiaan. Tetapi Rohingya ini 100% beragama Islam. Tidak ada etnik lain di dunia yang beragama Islam 100%. Melayu pun ada yang tak Islam. Melayu di Bali kebanyakannya beragama Hindu. Ada juga Melayu yang beragama Kristan. Orang arab pun tak semua beragama Islam. Tetapi Rohingya, mereka semua 100% beragama Islam.
.
Sebab itu kita kena lebih sensitif. Mesti ada semangat persaudaraan. Dalam Al-Quran surah Al Mukminun ayat ke 10, disebut setiap orang beriman itu bersaudara. Saudara lupakah bahawa orang Madinah terima berbondong-bondong kehadiran Muhajirin dari Mekah. Apa masalahnya kita menolong saudara seakidah di tanah air kita yang juga merupakan tuntutan Islam?
.
24. Kesepuluh, Saudara berhujah risau mereka ramai di Malaysia dan akan bersikap keras kepala kepada kerajaan Malaysia pula. Lebih dahsyat lagi, saudara cuba membina persepsi jahat terhadap Rohingya dengan cuba membandingkan mereka dengan pelarian Vietnam dalam beberapa post saudara sebelum ini. Saya mahu menjelaskan, pelarian Vietnam dan Rohingya ini langsung tak sama. Ibarat ayam dan lembu, sangat berbeza. Latar belakang permasalahan lain. Agama lain. Budaya lain. Bagaimana penulis dengan mudah meramalkan akan berlaku perkara yang sama. Dan penulis telah berniat serong apabila cuba memberi gambaran seandainya dibiarkan lebih lama umat Islam Rohingya di Malaysia maka akan jadi kekacauan sepertimana pelarian Vietnam di Pulau Bidong. Ini satu prasangka yang sangat kacau bilau dan penuh dengan kebencian.
.
25. Saudara, isu antara Rohingya dan Vietnam itu pun dah jauh berbeza. Mana mungkin saudara sanggup bayangkan kesudahannya boleh jadi sama? Sedarkah saudara sehingga sekarang Rohingya tidak diiktiraf warganegara. Dan pelarian vietnam itu pula sebaliknya. Sekarang, Mana orang Rohingya nak tinggal? Kalau kekal dalam Myanmar, mereka akan dibunuh. Sebab itu mereka terpaksa lari menjadi pelarian. Dan kepada siapa mereka nak minta pertolongan kalau bukan dari negara negara jiran yang majoriti beragama Islam seperti Bangladesh, Arab Saudi , Malaysia dan Indonesia. Malulah kita nak mengaku kita majoriiti beragama Islam tapi tak peduli dengan nasib Rohingya ini.
.
26. Saya tahu sebenarnya saudara turut sokong perjuangan membela Rohingya ini. Tapi dari tulisan saudara telah memberi gambaran yang terpesong mengenai etnik rohingya sehingga timbul sentimen seperti “janganlah terima pelarian ini”. Sabar dulu saudara. Isu pelarian ini adalah isu sejagat. Lihatlah apabila berlaku peperangan di Syria, jutaan rakyat Syria menjadi pelarian. Turki membuka seluas luasnya pintu kepada mereka. Begitu juga negara yang bukan Islam seperti German.

Alhamdulilah, Malaysia turut ambil inisiatif yang sama menyambut pelarian Syiria. Dan kita semua sambut gembira bila orang Syria yang bermata biru ini masuk Malaysia, sampai wujud pula tular siapa nak kahwini janda Syria. Mentang-mentanglah Rohingya ini berkulit gelap, tidak putih dan bermata biru seperti orang Syria, kita mahu meletakkannya di kelas kedua. Nampak sangat double standard di situ. Allahu.
.
27. Sebab itu, jangan sesekali kita cepat menjatuhkan hukuman kepada mereka. Beri mereka peluang, mereka masih dalam keadaan trauma. Mereka ketakutan, tiada perlindungan. Kita bantu mereka dengan sedaya upaya. Jujurnya, saya dan pasukan Serantau Muslim juga mempunyai hasrat agar mereka tidak lama di Malaysia, tetapi bukan dengan asbab mereka ini bermasalah, sebaliknya atas faktor mereka perlu menuntut semula hak mereka iaitu warganegara dan tanah air mereka sendiri.
.
28. Oleh yang demikian, sebelum mereka pulang menuntut hak mereka, kita perlu bantu bantu mereka persiapkan diri. Kita kena sediakan pendidikan untuk mereka, kita latih sifat kepimpinan mereka. Kita asuh semangat Islam mereka. Kita didik mereka menjadi orang yang lemah lembut sesama insan namun dalam masa yang sama tegas dalam memperjuangkan hak mereka.
.
29. Saya tahu kerja ini tidak mudah, kami sendiri telah habis banyak masa, tenaga, wang ringgit dalam perjuangan membela mereka. Namun dengan menyatakan mereka ini bangsa tak sedar diri, kedaulatan negara terancam , Malaysia tersepit, ia satu sifat paranoid yang sama sekali tidak menyelesaikan masalah. Sebaliknya hanya menimbulkan dan menyebarkan kebencian sahaja. Bayangkan satu hari nanti kita pula diberikan ujian yang sama, dan tidak ada satu negara mahu terima kita sebagai pelarian, apa pula yang kita akan tulis dan kata? Sebab itu ,jangan cepat menghukum. Sebaiknya mari kita bersama bantu memperjuangkan hak mereka.
.
30. Untuk pembelaan Orang Rohingya yang ada di Malaysia, jom sama sama kita sediakan pelan pembangunan kompetensi diri untuk mereka. Untuk rekod, itu yang sedang kami lakukan.

Kita akui dengan penderitaan puluhan tahun dan sekatan kepada pendidikan, mereka membesar tanpa pedoman yang baik. Fitrah manusia, semua melakukan kelemahan dan kesilapan. Namun untuk menghukum mereka bukan kerja kita. Apatah lagi, mereka sudah berada di samping kita.

Sebagai rakyat Malaysia yang penyayang dan prihatin, semestinya kita semua mahu bersatu hati untuk membantu membina semula sebuah bangsa Rohingya yang bertamadun. Bila mereka silap kita tegur dan nasihat. Dan jauh sekali memilih untuk bersikap pentingkan diri dan tidak peduli dengan nasib mereka.

Sayu hati baca komen komen di Facebook mengatakan padan muka Rohingya kena bunuh. Allahu. Jangan macam tu, hari ini mereka dalam kesusahan. Kalau bukan kita yang bantu dan peduli nasib mereka, siapa lagi?
.
31. Saya teringat kisah tauladan rakyat antara tikus dan ayam. Satu hari, tikus mengadu kepada ayam kerunsingan hatinya apabila tuan rumah membeli perangkap tikus. Ayam dengan sombong berkata itu bukan masalahnya.

Tidak berapa lama kemudian, tikus itu mati di perangkap tikus. Bangkai tikus itu telah menarik perhatian ular. Ular masuk ke dalam rumah untuk makan tikus itu. Tuan rumah tidak perasan kehadiran ular dan akhirnya ular itu telah mematuk kaki tuan rumah.

Tabib yang merawat tuan rumah mengatakan untuk merawat bisa patukan itu mestilah dengan meminum sup ayam. Akhirnya ayam yang sombong turut menemui ajalnya kerana sikap tidak mahu peduli masalah tikus.

Kita tidak mahu menjadi seperti ayam yang tidak mahu berbuat apa apa apabila masalah di depan mata. Akhirnya, yang rugi adalah diri kita juga.
.
32. Apa yang kita mahukan ialah menjadi bangsa Malaysia yang bersikap prihatin dan proaktif. Sebab itu, ayuh bersama kita ambil langkah proaktif dengan kita sediakan pendidikan buat anak-anak Rohingya ini. Sebab kita percaya, kalau tiada pendidikan, kita khuatir anak anak Rohingya ini membesar dengan tidak sempurna dan membawa kesan buruk kepada masyarakat. Dan kita juga perlu mengembleng tenaga untuk menyediakan pelan pembangunan perniagaan dan keusahawanan dalam diri mereka supaya mereka mampu survive tanpa bergantung harap kepada mana mana pihak. Tapi, kami tak kan mampu jalankan semua ini seorang diri . Sebab itu kami seru untuk anda semua ayuh bersama kami dalam urusan ini.
.
33. Bagaimana pula pelan bertindak yang lain? Ya , kami di peringkat NGO Islam tidak akan berhenti mendesak masyarakat antarabangsa untuk terus menerus memberi tekanan kepada kerajaan Myanmar hinggalah mereka menyelesaikan permasalahan asas isu Rohingya ini iaitu kewarganegaraan. Pelbagai perancangan kami bincangkan, termasuklah boikot Myanmar dari sudut ekonomi serta mengancam menghantar pulang semua rakyat Myanmar yang bekerja di Malaysia sekiranya perlu. Kami percaya, bila semua rakyat sebulat hati dan bersatu padu membela hak Rohingya ini, Insya Allah Myanmar akan tunduk kepada gesaan dan permintaan kita.
.
34. Kesimpulannya, Rohingya sama sekali tidak membuatkan Malaysia tersepit. Buat Rohingya di Malaysia, sesungguhnya kami terima anda semua dengan hati yang cukup terbuka. Dalam masa yang sama, kami tak mahu anda rasa cukup selesa disini sehingga melupakan kampung halaman kamu.

Kami mahu anda belajar membangunkan kompetensi diri dan kembali semula menuntut hak wilayah Arakan serta kewarganegaraan Myanmar anda. Kami pula akan terus menerus menekan semua pihak untuk menjayakan hasrat ini. Biarlah apa jua orang tulis, tapi ketahuilah Rohingya, anda tidak pernah keseorangan.

Selamat Malam Rohingya kini bertukar Selamat Pagi Rohingya! Sinar cahaya mu terang. Hak mu akan terbela jua. Insya Allah! Checkmate!
.
Ustaz Hakim Mohd Nor,
Setiausaha Serantau Muslim,
019-4505360, muhakim@gmail.com,
http://www.smuslim.com
2 September 2017

Jumu’ah Prayers and the Traveler

Hanbali scholars: Jumu’ah prayer cannot be combined with ‘Asr. Rather what it says in sharee’ah is that Zuhr may be combined with ‘Asr, and Maghrib with ‘Isha’.

Based on this, you have to repeat the ‘Asr prayer that you joined with Jumu’ah, because you offered it before its time, and prayers offered ahead of time are invalid.

Shaykh Ibn ‘Uthaymeen explained the ruling on this issue, as follows:

It is not permissible to combine ‘Asr with Jumu’ah in the cases where it is permissible to combine Zuhr and ‘Asr. If a traveler passes through a town and prays Jumu’ah with them, it is not permissible for him to combine ‘Asr with it.

If rain falls and it becomes permissible to combine Zuhr and ‘Asr because of the rain, it is still not permissible to combine ‘Asr with Jumu’ah. If a sick person who is allowed to combine prayers attends Jumu’ah, it is not permissible for him to combine ‘Asr with Jumu’ah.

The evidence for that is the verse in which Allaah says (interpretation of the meaning):

“Verily, As‑Salaah (the prayer) is enjoined on the believers at fixed hours”

[al-Nisa’ 4:103]

i.e., the prayers must be offered at certain times. Allaah has explained these times in general terms in the verse in which He says (interpretation of the meaning):

“Perform As‑Salaah (Iqaamat‑as‑Salaah) from mid‑day till the darkness of the night (i.e. the Zuhr, ‘Asr, Maghrib, and ‘Isha’ prayers), and recite the Qur’aan in the early dawn (i.e. the — Fajr morning prayer). Verily, the recitation of the Qur’aan in the early dawn (i.e. the morning — Fajr prayer) is ever witnessed (attended by the angels in charge of mankind of the day and the night)”

[al-Isra’ 17:78]

The time referred to in this verse – from mid-day until mid-night (the darkness of the night) includes four prayers: Zuhr, ‘Asr, Maghrib and ‘Isha’. These are mentioned together because there is no interruption between their times; as soon as the time for one of them ends, the time for the next one begins. Fajr prayer is mentioned separately because its time is not connected to either the time of ‘Isha’ or the time of Zuhr.

The Sunnah has explained the times for these prayers in detail, in the hadeeths of ‘Abd-Allaah ibn ‘Amr ibn al-‘Aas, Jaabir and others. It states that the time for Zuhr is from when the sun passes its zenith until the shadow of an object is equal in length to it; the time for ‘Asr is from when the shadow of an object is equal in length to it until the sun sets, but once the sun starts to turn yellow, this is the time of necessity; the time for Maghrib lasts from when the sun sets until the red afterglow disappears; the time for ‘Isha’ is from when the red afterglow has disappeared until halfway through the night; and the time for Fajr is from when dawn begins until the sun rises. These are the times that Allaah has set for the prayers in the Book of Allaah and the Sunnah of His Messenger (peace and blessings of Allaah be upon him).

Whoever offers a prayer before the time defined in the Book of Allaah or the Sunnah of His Messenger is sinning and his prayer is rejected, because Allaah says (interpretation of the meaning):

“And whoever transgresses the limits ordained by Allaah, then such are the Zaalimoon (wrongdoers)”

[al-Baqarah 2:229]

And the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) said: “Whoever does any action that is not part of this matter of ours (i.e., Islam) will have it rejected.” The same applies to one who offers a prayer after its time with no legitimate shar’i excuse.

Whoever prays Zuhr before the sun has passed its zenith, his prayer is invalid and rejected, and he has to make it up. Whoever prays ‘Asr before the shadow of an object is equal in length to it, his prayer is invalid and rejected and he has to make it up, unless he has a legitimate shar’i excuse that allows him to combine Zuhr and ‘Asr at the time of Zuhr.

Whoever prays Maghrib before the sun sets, his prayer is invalid and rejected, and he has to make it up.

Whoever prays ‘Isha’ before the red afterglow has disappeared, his prayer is invalid and rejected, and he has to make it up, unless he has a legitimate shar’i excuse that allows him to combine the two at the time of Maghrib.

Whoever prays Fajr before dawn comes, his prayer is rejected and he has to make it up. This is what is dictated by the Book of Allaah and the Sunnah of His Messenger (peace and blessings of Allaah be upon him).

Based on this, whoever combines ‘Asr with Jumu’ah has offered the prayer before its time begins, which is when the shadow of an object is equal to its length, so it is invalid and rejected.

If someone were to say: can we not draw an analogy between combining ‘Asr with Jumu’ah and combining ‘Asr with Zuhr?

The answer is: this analogy is not correct for several reasons:

1 – It is an analogy concerning acts of worship.

2 – Jumu’ah is a separate prayer with its own rulings; it differs from Zuhr in more than twenty rulings. In such a case the two prayers cannot be compared.

3 – This analogy goes against the apparent meaning of the Sunnah, because in Saheeh Muslim it is narrated from ‘Abd-Allaah ibn ‘Abbaas (may Allaah be pleased with him) that the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) combined Zuhr and ‘Asr, and Maghrib and ‘Isha’ in Madeenah at times other than times of fear or rainfall. He was asked about that and he said that he did not want to make things difficult for his ummah.

There was heavy rainfall that caused hardship at the time of the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him), but he did not combine ‘Asr with Jumu’ah at that time. It is narrated in Saheeh al-Bukhaari and elsewhere from Anas ibn Maalik that the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) prayed for rain one day when he was on the minbar, and he did not descend from the minbar until rain had soaked his beard. Such a thing could not happen except in the case of heavy rain that would have allowed him to combine the prayers, if it were permissible to combine ‘Asr with Jumu’ah. He (Anas) said: The following Friday, a man came in and said: “O Messenger of Allaah, our wealth has been drowned and our buildings have been destroyed; pray to Allaah to withhold it from us.” This implies that water was flowing in the streets, in such a way that it would have allowed them to combine ‘Asr with Jumu’ah, if this combination were permissible.

If someone were to ask: what is the evidence that it is not allowed to combine ‘Asr with Jumu’ah?

The answer is that this question is not appropriate, because the basic principle concerning acts of worship is that they should not be done unless there is evidence that they should be done. So we should not question the one who is not doing a certain act of worship about his evidence, rather the one who is doing a certain act of worship should be asked for his evidence, because Allaah says, denouncing those who worship Allaah in ways that are not prescribed in sharee’ah (interpretation of the meaning):

“Or have they partners with Allaah (false gods) who have instituted for them a religion which Allaah has not ordained?”

[al-Shoora 42:21]

“This day, I have perfected your religion for you, completed My Favour upon you, and have chosen for you Islam as your religion”

[al-Maa’idah 5:3]

And the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) said: “Whoever does an action that is not part of this matter of ours (i.e., Islam), will have it rejected.”

Based on this:

If someone says: what is the evidence that it is not allowed to combine ‘Asr with Jumu’ah?

We say: What is the evidence that it is permitted? The basic principle is that it is obligatory to offer ‘Asr on time; this principle may be waived when it is combined with another prayer when there is a reason for doing so, but at other times the principle still stands, which is that it should not be offered ahead of time.

If it is said: What do you think if a person intends Jumu’ah prayer as Zuhr so that he can combine ‘Asr with it?

The answer is that if the one who is leading Jumu’ah prayer and the people behind him do this, i.e., if the people of a town intend Jumu’ah prayer as Zuhr, then there is no doubt that this is haraam and the prayer is invalid, because Jumu’ah is obligatory for them, and if they ignore it and pray Zuhr instead, then they have turned away from something that is enjoined upon them towards something that they are not commanded to do. So their action is invalid and rejected, because the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) said: “Whoever does an action that is not part of this matter of ours (i.e., Islam), will have it rejected.”

But if the person who intends Jumu’ah as Zuhr is someone like a traveler who prays behind those who are praying Jumu’ah but intends it as Zuhr so that he can combine ‘Asr with it, this is not valid either, because when he attended Jumu’ah, it became obligatory for him, and whoever is obliged to pray Jumu’ah but prays Zuhr before the imam says the salaam at the end of Jumu’ah, his Zuhr prayer is not valid. Even if this action was valid, he has still missed out on a great deal of good, which is the reward for Jumu’ah prayer.

The authors of al-Muntaha and al-Iqnaa’ (who are Hanbali scholars) have stated that it is not valid to combine ‘Asr with Jumu’ah; this is mentioned at the beginning of the chapters on Jumu’ah prayer.

I have spoken about this matter at length because of the need for that. I ask Allaah to help us to do that which is right, for He is the Most Generous.

SYAFA’AT AL QUR’AN KETIKA BERADA DI ALAM KUBUR

Dari Sa’id bin Sulaim r.a., Rasulullah SAW bersabda:

“Tiada penolong yang lebih utama darjatnya di sisi Allah swt pada hari Kiamat selain daripada syafa’at Al-Qur’an. Bukan nabi, bukan malaikat dan bukan juga yang lainnya.”

(Abdul Malik bin Habib-Syarah Ihya).

Bazzar meriwayatkan dalam kitab La’aali Masnunah bahawa jika seseorang meninggal dunia, ketika orang sibuk dengan kain kafan dan persiapan pengebumian di rumahnya, tiba-tiba seseorang yang sangat tampan berdiri di kepala jenazah. Ketika kain kafan mulai dipakaikan, dia berada di antara dada dan kain kafannya.

Setelah dikuburkan dan orang ramai mulai meninggalkan kuburannya, maka datanglah dua malaikat. Iaitu Malaikat Munkar dan Nakir yang berusaha memisahkan orang tampan itu dari mayat berkenaan agar mudah sesi soal jawab dilaksanakan.

Tetapi si tampan itu berkata pada dua malaikat:

“Si mati ini adalah sahabat karibku. Walau dalam keadaan bagaimana sekalipun aku tidak akan meninggalkannya. Jika kalian ditugaskan untuk menyoal kepadanya, maka lakukanlah pekerjaan kalian, kerana aku tidak akan pernah berpisah dari orang ini sehinggalah ia dimasukkan ke dalam syurga.”

Lalu ia berpaling kepada sahabatnya dan berkata,

“Aku adalah Al Quran kalamullah yang terkadang kamu baca dengan suara keras dan terkadang dengan suara perlahan dan lembut mendayu dayu. Janganlah engkau khuatir ketika menghadapi pertanyaan dua malaikat Munkar dan Nakir itu, kerana engkau tidak akan pernah mengalami walau sedikit kesulitan.”

Setelah dua malaikat itu selesai tugas menyoal pada si mati itu, maka Al Quran kalamullah itu terus menghamparkan tempat tidur si mati tadi dengan hamparan permadani sutera yang semerbak dengan haruman kasturi yang tersangat harum baunya ~ dari Mala’il A’la. (Himpunan Fadhilah Amal: 609)

Allahu Akhbar!.. sering terdapat getaran haru dalam sanubari selepas membaca hadis ini.

Getaran penuh pengharapan keredhoan Allah swt bercampur baur kebimbangan lantaran kurang istiqomah dalam menuntut ilmu Al Quran.

Justeru, pengharapan terus melangit dengan iringan doa semoga Allah swt melimpahkan kurnianya untuk kita agar dipermudahkan untuk menerokai ilmu Al Quran kalamullah dan sangat sangat menyintai akan kitab suci itu.

Mudah mudahan Al Quran kalamullah yang kita sentiasa baca dan tadabbur itu akan menjadi pembela dan pelindung (syafa’at) pada hari akhirat nanti, in shaa ALLAHu ta’àla alam, sekaligus getaran itu akan tertanam didalam jiwa agar kita sentiasa merasa takut, seandainya Al-Quran kalamullah itu akan menuntut pada kita kerana kurang mengutamakannya.

● Yaa Allah.. Yaa Rohman.. Yaa Rohim.. Engkau terimalah bacaan Al-Quran kami seadanya, maka Engkau sempurnakanlah akan kekurangannya Yaa Allah.. Yaa Rohman.. Yaa Rohim.. Sesungguhnya Engkau Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani

● Banyak riwayat yang menerangkan bahawa Al-Quran kalamullah itu adalah pemberi syafa’at yang pasti dikabulkan oleh Allah Subhana wa Ta’ala, kerana al Quran itu bukanlah makhluk tetapi al Quran itu adalah Qodim

☆☆☆Oleh:- Profesor Dr. Ahmad Sathori bin Ismail.☆☆☆

RCI: 1990s FOREX Losses

Monday, 21 August 2017 | MYT 9:55 PM
PUTRAJAYA: Former Bank Negara Malaysia (BNM) assistant governor Datuk Abdul Murad Khalid told the Royal Commission of Inquiry (RCI) on the 1990s forex losses that he did explain the matter to then Finance Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim in early 1994.

He said the response from Anwar was that if the real foreign exchange losses by BNM was to be made public, then he (Anwar) would have to resign.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim asked me to fly with him to Hawaii to explain the foreign exchange losses as instructed by then BNM Governor Tan Sri Jaffar Hussin,” he added.

Prior to that, Abdul Murad said he informed Jaffar, during a visit to the Chemical Bank in New York, that BNM’s losses with Chemical Bank at that time was about RM715mil.

“The governor did not believe it and scolded me, and told me to discuss the matter with Nor Mohamed Yakcop, then BNM advisor (1992),” he added.

Abdul Murad, who was then BNM advisor, said this at the second RCI proceeding at the Palace of Justice here.

He said the foreign exchange transaction carried out by BNM then involved US Dollar, Pound Sterling, Deutch Mark, Japanese Yen and French Franc and made on the instruction of the then BNM advisor (Nor Mohamed).

He said there was no written manual on the check and balance system in BNM foreign exchange then.

Abdul Murad said that during an interview with the media on Jan 27, 2018, he had said that BNM could not be involved in transactions that were speculative in accordance with the Central Bank of Malaysia Ordinance 1958.

“However,the foreign exchange dealings carried out in the 1980s and in 1990 until 1993 were speculative and were not based on assets, but more of gambling,” he said.

He said the foreign exchange losses incurred by BNM then was the biggest scandal in the world’s banking history.

“Hence, a cover-up had to be done to protect the image of BNM and the Malaysian government,” he said, adding that BNM did take action by asking Nor Mohamed and Jaffar to resign.

Abdul Murad said he only exposed BNM’s foreign exchange losses during an interview with the media on Jan 27 this year, which was 24 years after the transactions were carried out, because he had the opportunity to do so.

The proceeding, which was opened to the public and chaired by Tan Sri Mohd Sidek Hassan, continues on Aug 24. Assisting Mohd Sidek, who is Petronas chairman, are High Court judge Datuk Wira Kamaludin Md Said, Bursa Malaysia chief executive officer Datuk Seri Tajuddin Atan, Special Task Force to Facilitate Business (Pemudah) co-chairman Tan Sri Saw Choo Boon and Malaysian Institute of Accountants member K. Puspanathan. – Bernama