Makanan berkhasiat

Salam Sejahtera

Apabila populasi penduduk dunia semakin meningkat melalui corak urbanisasi yang bergerak seiring, lebih ramai orang dijangka tinggal di kawasan bandar. Menjelang 2025, dianggarkan 60 hingga 85 peratus penduduk dunia akan dianggap sebagai penghuni bandar seluruh dunia.

Di Malaysia, statistik menunjukkan penduduk bandar dijangka meningkat kepada 75 peratus dalam tempoh tiga tahun.

Pembangunan pesat sering menjarakkan masyarakat dengan alam semulajadi serta menarik kemiskinan makanan berkhasiat terhadap golongan yang berpendapatan rendah.

Hakikatnya kini ramai yang bergantung kepada makanan segera yang diproses dan harga yang murah beserta wang tunai untuk mengakses sumber makanan tersebut.

Malahan golongan miskin di bandar sering terdedah kepada kejutan harga makanan yang tinggi dan ada yang menderita untuk memperolehi makanan bersih & berzat.

Program pemberian makanan percuma dilakukan NGO yang prihatin menjadi trend dan viral walaupun negara ini sudah mencapai status negara maju dengan berlandaskan undang-undang islam.

Kajian dari negara maju dan membangun mendakwa bahawa aktiviti pertanian bandar dapat menyumbang kepada akses makanan segar dan berkhasiat. Melalui di 15 buah negara menunjukkan bahawa aktiviti pertanian bandar berkait rapat dengan aspek keselamatan makanan, unsur kepelbagaian makanan sihat, segar dan akses pemakanan cukup.

Tambahan pula, pertanian bandar turut memainkan peranan penting dalam masalah perubahan iklim. Bandar hijau yang mampan menyumbang dalam memperbaiki iklim suhu bandar. Amalan pengurusan sisa serta menggalakkan penggunaan semula sisa organik khususnya juga mampu mengurangkan impak perubahan global ( Climate Change).

Menuju kearah negara masa depan yang peka terhadap alam sekitar dan mesra pengguna, MHIRA fokus terhadap usaha kajian dan aktiviti dalam negara yang melibatkan lima fokus utama iaitu 5P.

Sekiranya mempunyai minat dan kelayakan terhadap topik alam sekitar, pembangunan mapan, permaculture, teknologi hemp, agro, inovasi & rekabentuk, kraftangan, teknologi hijau, urban garden dan lain-lain topik yang berkaitan, anda dijemput untuk menyertai sessi kedua tahun 2018 – 2020 dengan menghantarkan salinan biodata bertajuk ( Misi 5P ) – ke email: info@hemptech.org.my

Hemptech Malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s