4 Mata Maahad Tahfiz

👉🏻👆🏼👇🏼👈🏿

1. Izzuddin Shah

☝🏼 Ana tak membantu walau satu Tahfiz pun, untuk pastikan ianya selamat dan memberi tempat belajar, solat, beristirehat, beriadah dan pemakanan yg terbaik utk anak-anak yang dalam fisabilillah ini 😢😥

There are hundreds of these Tahfiz, all over Malaysia, all over the world. Most of them were opened for one main objective, for the Ustaz to teach Quran to children and insyaAllah receives the blessings of Allah.

Most of the Ustaz are Hafiz with no experience in managing a boarding school as we know it. They just nak ajar anak-anak mengaji Al-Quran.

Most have to struggle to find a suitable place and funds to set up and operate their Tahfiz.

In almost all instances they receive minimal, most likely insufficient assistance. So their Tahfiz are very³ basic and really unsuitable for a boarding school.

But they need a place to teach. And there are many⁴ parents and children seeking a place to learn Al Qur’an.

With what the Ustaz could garner, he would start teaching and before he knows it, the students would come in numbers.

So where is the problem? The Ustaz?
The Government?

I say it’s us so called Muslims. We have not done enough to support these institutions … With our expertise, our sweat and Waqaf/Infaq/Sadaqah from our Rezeki, our Doa …

I had interactions with 5 different Tahfiz. All 5 are facing problems, sustaining daily and maintaining on a non-purpose built building.

We have billions in zakat but we don’t provide facilities for the Ustaz and the Tahfiz students.

(and those who supports taxation as a form of zakat, then where are the government funding for Tahfiz?)

What’s the solution?

If I may suggest, each GLC as part of their CSR/WAQAF to take the responsibility to upgrade and maintain the upkeep of 70 Tahfiz each.

May Allah SWT redha dengan mereka para Syuhada, kurniakan mereka Jannatul Firdaus dan semoga semua Ustaz dan Ustazah yg berkhidmat keranaNya di beri Taufik dan Hidayah serta bantuan yang besar di akhir zaman ini.

2. Fatimah Muzaffar

Serba x kena buat urusan agama
Ditohmah, dikecam, dihina, di lekeh,
Manusia berkata tanpa berfikir
Mengajar tanpa membantu
Bertegas tanpa kompromi

Sakit Jiwa kami
Luruh Hati kami
Luka Perasaan kami
Rasa mahu beralah
Give up, Drop everything & go

Mana mereka ambil peduli kemaslahatan org macam kami
Yang hakikatnya pada kami x pernah cukup
Kerana orang berpendapat agama itu free
Bila diletak harga, dituduh jual agama
Bila buat cara professional, dikata tunggang agama

Yang hanya dilihat
Harta kami
Dituduh pula memanipulasi kan sumbangan
Allah, sekiranya mereka juga tahu
Allah janji menjaga mereka yang menjaga agamaNya
Harta yang ada ini nikmat
Juga fitnah

Yuran dibayar jika ada
Jika tiada, berdiam diri seribu bahasa
Anak dihantar tanpa serba salah
Anak ini juga masih harus diberi makan
Diberi pelajaran
Mana mungkin kita asingkan dia atas kelemahan ibu bapanya

Disini
Tak sudah muka yang sama mohon bantuan
Malu menunduk simpan ego
Mengharap simpati orang yg berkemampuan
Ayat disusun, mengagungkan mereka yg berada
Dengan harapan ada sedikit hasil untuk Tahfiz
Supaya lega pembayaran yang tertunggak
Kerana pekerja, bil & tuan rumah telah mengugut

Eh, kan dah kasi haritu
Allah ~ maaf
Tak ada rezki disitu
Mana lagi harus dicari
Keajaiban dari Allah SWT shj diharapkan

Allah, kuatkan kami
Kami akan berusaha yang terbaik untuk sejukkan negara ini
Selagi Kau kata panjang umur perjuangan kami ini
Selagi tu kami akan berusaha
Hanya kepadaMu kami berharap

Kuat kami pegang hadis Nabi Muhammad SAW
Dunia Penjara Mukmin
Dan Syurga Kafir

Biarlah susah nya didunia
Di syurga kelak semoga kami antara yg terpilih
Ameen

Al Fatihah buat anak2 & guru-guru Tahfiz
AMEEN

3. Dr. MAZA menulis

Buat sekian kalinya kita mendengar trajedi pusat tahfiz. Sekali lagi saya bangkit apa yang pernah saya catat beberapa bulan lepas;

SEKOLAH TAHFIZ DAN AGAMA: ANTARA KEMURNIAN NIAT DAN PENGURUSAN YANG LEMAH

Kebelakangan ini timbul beberapa isu tentang sekolah agama dan tahfiz persendirian yang tumbuh serata tempat. Pelbagai isu berbangkit, termasuk kebakaran, kes penyiksaan, kematian pelajar dan pelbagai isu keselamatan yang lain. Di sini saya ingin sebut beberapa nota ringkas untuk perhatian ibubapa yang mulia hasrat mereka dan pihak berwajib. Antaranya;

1) Ramai, bahkan mungkin keseluruhan ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah agama dan tahfiz dengan hasrat dan niat yang baik. Namun ramai dalam kalangan mereka mungkin tidak begitu memahami ataupun memikirkan secara seimbang apakah yang mereka mahu bagi masa depan anak-anak tersebut. Kalangan mereka, disebabkan tidak begitu memahami agama menganggap hanya dengan belajar di sekolah agama maka itu sudah memadai. Tidaklah mereka faham apa yang dimaksudkan dengan ‘tafaquh’ atau mendalami agama dalam ertikata yang sebenar. Ini menyebabkan mereka tidak dapat menilai walaupun secara umum kedudukan ataupun kualiti sekolah agama yang mereka hantar anak-anak mereka belajar.

2) Ibubapa hendaklah sedar, bahawa anak-anak kita membesar dan akan hidup di era ini. Era yang penuh dengan cabaran terhadap agama dan menuntut kemampuan memahami teks dalam konteks yang betul. Justeru itu, pendidikan agama yang baik hendaklah diseimbangkan dengan keperluan cabaran masa kini. Demikian, amat penting untuk difahami bahawa menjadi ilmuwan agama bukan sekadar menghafal nas dan bernasyid semata, tetapi hendaklah mampu memahami apa yang dihafal dan dapat menghuraikan makna Islam selaras dengan tuntutan semasa.

3) Jika hasrat ibubapa itu sekadar memberikan pengetahuan asas agama kepada anak-anak mereka, hendaklah mereka sedar bahawa anak-anak mereka selain dari bersolat dan berzikir, juga perlu hidup seperti manusia lain. Maka ilmu yang membolehkan mereka mencari rezeki yang halal amatlah diperlukan. Ini sama ada mata pelajaran akademik lain selain mata pelajaran agama, ataupun ilmu kemahiran hidup yang membolehkan penerusan hidup mereka di masa hadapan.

4) Ibubapa hendaklah tahu bahawa bukan semua yang dipanggil ustaz itu baik kualiti bahasa Arab dan bagus pengetahuan agamanya. Lebih daripada itu, gelaran ustaz bukan jaminan kemaksuman seseorang sehingga kita boleh mempercayai segala yang dia beritahu tanpa penelitian dan siasatan. Maka, langkah berwaspada untuk masa depan anak-anak kita adalah sesuatu yang dituntut.

5) Terdapat sekolah tahfiz dan agama swasta yang baik , mengikut peraturan dan berkualiti. Ini dapat diukur dengan banyak ciri, antaranya kualiti kelulusan guru-guru yang mengajar, sukatan pelajaran dan persekitaran pembelajaran. Secara umumnya, sekolah-sekolah agama ataupun tahfiz di bawah Kementerian Pendidikan diurus tadbir dengan baik di sudut kualiti pelajaran.

6) Namun tidak boleh dinafikan di sana terdapat sekolah agama dan tahfiz diwujudkan tanpa melengkapi keperluan yang sepatutnya. Sebahagiannya hanya kerana semangat ‘ustaz-ustaz’ tertentu yang ingin menubuhkan sekolah sendiri di atas pelbagai tujuan peribadi lalu diwujudkan sekolah mereka sendiri sekalipun tidak memenuhi keperluan pendidikan yang sepatutnya. Ada ustaz dia sendiri gagal dahulunya gagal dalam pendidikan, akhirnya membuka sekolah sendiri tanpa memiliki sijil ataupun latihan pendidikan yang sepadan. Apakah lagi untuk memiliki diploma atau sijil perguruan. Akhirnya, mereka menjadi tenaga pengajar yang tidak cukup ilmu dalam bidang pendidikan dan kaedah ataupun pedagogi pengajaran.

7) Sekolah-sekolah yang tidak berkualiti itu, bagi menjimatkan kos gaji guru, mereka mengambil sesiapa sahaja yang bersedia mengajar sekalipun bukan bidang berkaitan. Maka tenaga pengajar yang tidak cekap, tidak berpengalaman dan ‘bidan terjun’ ataupun ‘tangkap muat’ mengajar di sekolah-sekolah tersebut. Individu yang tidak begitu tahu bahasa Inggeris mengajar Bahasa Inggeris, yang tidak mahir matematik mengajar matematik, sains, sejarah dan seterusnya. Sebahagian mereka bekerja ini hanya sementara menunggu peluang pekerjaan lain, maka tahap tanggungjawab juga rendah.

8) Terdapat pemilik-pemilik sekolah tahfiz dan agama yang menubuhkan sekolah mereka untuk kepentingan diri mereka. Mereka guna nama tahfiz dan agama untuk mengutip derma dan sumbangan. Wang yang disumbangkan itu, tidak mempunyai jawatankuasa ataupun badan audit ataupun amanah yang mengawal. Akhirnya jika tidak amanat, pemilik tahfiz ini mewah dengan sumbangan orangramai, sementara sekolah mereka dalam keadaan daif. Lebih dukacita lagi, ada yang menggunakan pelajar untuk mengutip derma sehingga kita lihat, anak-anak tahfiz di lebuh raya, kedai makan, pasaraya dan seumpamanya untuk mengutip wang daripada orang ramai.

9) Dukacita, akhirnya yang menjadi mangsa ialah ibu bapa dan anak-anak muslim yang ingin mencari ilmu agama tetapi tersalah tempat kerana ‘sangkaan’ baik kepada pusat-pusat tahfiz ataupun sekolah agama yang sedang tumbuh bagaikan cendawan ini.

10) Justeru, bagi menyelamatkan masa depan anak-anak umat Islam, perkara ini hendaklah diteliti dan dipantau oleh pihak yang bertanggungjawab.

4. Normaliza Mahadi

Kita hantar anak pergi Tahfiz sebab anak kita ada potensi untuk menghafal ayat Allah. Anak kita cemerlang. Berminat. Cerdik. Ada jalan untuk dia pula jadi pengajar pada masa hadapan. Dia pun memang nak pergi.

Kita BUKAN hantar anak pergi sana sebab

1. Kita nak anak kita bawak kita ke syurga sedangkan kita sendiri malas nak beribadah. Kita sendiri tak boleh berhenti merokok. Kita sendiri solat lewat waktu. Kita sendiri tak baca AlQuran. Kita sendiri tak tau baca AlQuran dan tak mahu belajar dengan alasan dah tua. Kita sendiri sikap panas baran dan tak berusaha nak berubah. Dan kita pun tak hafal2 surah selain dpd bacaan solat sahaja.

2. Kita tak boleh kawal lagi anak kita. Anak kita tak boleh diajar. Melawan. Ponteng sekolah dan sebagainya. Anak kita pelajar bermasalah. Sekolah Tahfiz perlukan pelajar cemerlang bukan pelajar yang kecundang.

3. Kita miskin. Tak ada pendapatan tetap. Tak boleh nak bagi anak keperluan. Jadi hantar sekolah Tahfiz supaya sekolah boleh tanggung anak kita. Dan sekolah tahfizpun terpaksalah meminta2. Kita hantar anak kita sebab anak kita ada potensi bukan sebab miskin.

4. Hantar anak sebab tak ada masa sangat nak didik anak. Jadi hantarlah kat sana supaya anak boleh dididik. Tak begitu. Nak didik anak 3 orang pun tak larat. Habih tu, cikgu sekolah Tahfiz tu larat ke nak didik dengan budak sampai 100 orang?

5. Anak kita anak yatim. Anak yatim sesuai tinggal rumah anak yatim bukan pusat tahfiz. Namun, anak yatim yang berpotensi boleh dihantar ke pusat tahfiz. Dia dihantar sebab potensi bukan sebab yatim.

6. Dan sebab2 lain seperti perpecahan keluarga dan sebagainya.

Pusat Tahfiz ni agendanya lebih besar daripada Oxford University.

Oxford University bukan boleh redah aje. Nak suka2 masuk. Mereka hanya menerima pelajar cemerlang, terbilang dan gemilang macam KJ. Pelajar bermasalah dan kurang pencapaian, tiada tempat di universiti ini.

Jadi kita sendiri kena mulakan memperkasakan Sekolah/Pusat Tahfiz. Menukar mindset mengapa hantar anak ke sana adalah penting. Mindset kita menentukan hala tuju sekolah ini.

SESIAPA YANG TIDAK BERSETUJU DENGAN PANDANGAN SAYA BOLEH BUAT POST SENDIRI. Harap maklum.

Normaliza Mahadi
#khidmatmasyarakat

Advertisements

5 thoughts on “4 Mata Maahad Tahfiz

  1. Yang kita tahu:

    1) Madrasah ada banyak dan terus berkembang
    2) Pungutan derma hari2 dan merata-rata dan pelbagai cara
    3) Lazimnya derma kita itu 100% based on faith- ikhlas dan sangka baik

    Yang saya nak tahu:
    1) Apa kelayakan dan persediaan seorang tahfiz utk buka madrasah selain dirinya tahfiz?
    2) Adakah regulation dlm penubuhan madrasah tahfiz sebagaimana penceramah agama perlu ada permit utk berceramah?
    3) Adakah MAIS buat semakan atas pemungut2 derma ini jika mereka perlu ada permit?

  2. It was brought to my attention that a particular Tahfiz needs my help. Whatever help it might be.

    The fires at all the Tahfiz was a way Allah raised the attention of all Muslims and the Authorities.

    The Tahfizs are for Allah’s sake. Ke jalan Allah. So let’s take it from there.

    And what becomes of our Hafidz children is also our responsibilities. We leave the system as it is, we will get more Ustaz Hafidz who has no other choice to cari rezeki other than to gain employment as Bilal, Imam, Ustaz … Mudir Madrasah, Ustaz Tahfiz …

    I remembered someone told me when I was in UK, “In my country, most of the children were Hafidz before they start formal education.

  3. Most of the schools memang tak nak oversight. They all want to be independent but they are as always unregulated, disorganised n short of funds.

    Only in Kelantan now they are getting more organised thru Pusat Pembangunan Pondok Berhad, which is an umbrella body trying to self regulate & monitor the tahfiz schools includong organising career path for the students.

    Many tahfiz students ended up jobless after they finish tahfiz school as they never got any proper education for dunia in many of the madrasah.

    But there are some good ones which ensure their students get both n many ended up as doctors or lawyers…

  4. Capt Osmand Mohd Isa (Rtd):
    Assalamualaikum
    Rentetan tragedi Maahad Tahfiz baru ini izinkan saya utk meluahkan rasa sebagai seorang ayah yg menghantar anaknya ke Mahaad Tahfiz.
    ini adalah berikutan beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh ramai pihak mengenai kejadian tersebut. TPM mengatakan jangan gadaikan keselamatan utk akhirat… ada celebriti yang begitu lantang marah dengan mudir dan pengurusan tahfiz… ada figura ternama yg minta semua tahfiz tdk di daftar ditutup serta merta… ramai pula yg mempertikaikan ibubapa tdk mementingkan aspek keselamatan….
    sebenarnya saya juga tdk tahu banyak mengenai tahfiz sebelum saya menghantar anak saya ke tahfiz 3 tahun yang lalu. Naufal seawal usia 9 tahun telah menyatakan minat utk masuk tahfiz… tanpa melengahkan masa kami mengambil ķeputusan utk menghentikan sekolah akademiknya (wlpn dia cemerlang dlm akademik) dan mencari tahfiz yang sesuai…. baru kami sedar bukan senang mencari tahfiz….
    1. kalau yang berdaftar biasanya akan hanya menerima pelajar 13 tahun ke atas
    2. kalau yang cantik dan lengkap dan di kelolakan oleh ustaz selebriti biasanya mahal dan di luar kemampuan kami dan agak jauh dari rumah..
    akhirnya kami ketemu sebuah tahfiz yang baru di buka di pinggir ttdijaya…. rumah corner lot yang serba kurang…. tapi saya berbincang denga isteti mengambil keputusan utk hantar juga… bukan tidak terdetik apa yang akan berlaku jika ada kebakaran kerana tdk ada pintu kecemasan…… tetapi seperti ibubapa lain yg menghantar anak le tahfiz…. kami bukan menyerahkan anak kepada tahfiz tetapi mewakafkan anak ini utk Islam dan yakin Allah mempunyai perancangan yang baik utknya…
    tapi tahukah berapa kali kami pernah menangis bila menghantarnya pulang lepas bercuti….. dapatkah aku lihat wajah ini lagi ya Allah….
    Tahun lepas kami mengambil keputusan utk menukarkan tahfiz lain dan tidak berasrama… ulang alik dari pkl 7.30 pagi ke 9mlm… Hari pertama meghantar naufal ke tahfiz, kebakaran berlaku di tahfiz memusnahkan sebuah bilik… alhamdulillah semua pelajar berada di surau utk solat maghrib…
    tapi kani tidak berputus asa dan meneruskan juga kerana menghantar anak ke tahfiz ujiannya bukan sedikit.
    kami bukan lah bercita cita utk menjadikan dia imam masjidil haram atau pun imam masjid shah alam sekali pun…. seperti ingatan saya pada Naufal selalu… naufal boleh jadi apa pun yg naufal hendak apabila besar…. dari seorang doktor kepada peniaga minyak attar di sudut masjid. tetapi akhlak naufal kena akhlak Al quran…
    Mungkin ramai yang tidak tahu kebanyakan tahfiz mengenakan bayaran antara rm200 ke rm400 sebulan. ini termasuklah sewa , gaji guru.. gaji warden.. makan 4 kali sehari.. tempat tinggal dsbnya… congak la sendiri kalau cukup.
    Biasanya pusat tahfiz akan cari sendiri dana bagi menampung lebihan perbelanjaan mereka. nak mengharapkan pusat zakat.. baitulmal…. mmphh macam2 syarat dan kelulusan.
    nak mengharapkan koporat ada yg mengenakan syarat hanya yg ada aliran agama dan akademik yg dapat bantuan. belum lagi yg meminta kertas kerja dan kelulusan dsbnya…
    Tahfiz dipandang sepi… anak2 tahfiz pula… seringkali dikata sejuk mata memandang…. jemputan ke majlis kenduri tahlil.. cukur jambul.. rumah baru dsnnya… dapat rm5 atau 10 seoarang.. itu lah fungsi tahfiz di tengah2 masyarakat kita.. tapi tahukah anda banyak mana zaman k anak2 dan remaja yang telah mereka korbankan untuk terus menjadi pewaris naskah mukjizat ini?
    Dengan izin Allah.. mereka la yang akan memimpin kita sebenarnya….
    kami yg inginkan anak2 menjadi tahfiz faham benar tentang keperluan keselamatan tetapi adakah kami mempunyai pilihan?
    kami bukan menghantar anak ke yamaha muzik… kumon atau montesorri berjenama utk kani demand itu dan ini dari pihak tahfiz… kami faham benar dengan kekangan kewangan tahfiz… sekali lagi kami berserah pada Allah..
    apabila sesuatu berlaku pada tahfiz kena begitu mudah menyalahkan ibubapa dan ustaz tahfiz…. bukannya ustaz2 tu yang buat marketing supaya kami daftar…. kami yang mencari dan redho menghantar… kami yang memilih jalan itu…. bagi kami ustaz tahfiz banyak berkorban utk mendidik jiwa2 kecil ini… kami terhutang budi…
    sehingga kini menghantar naufal setiap pagi … saya akan menciumnya dan memandang dalam matanya…. hati saya siapa yang tahu….
    kalau kerajaan ikhlas menolong kenapa tidak adakan aliran tahfiz di sekolah2 terpilih… tahfiiz tanpa akademik! ada bran?
    kenapa tidak mudahkan proses perlesenan… kenapa campur adukan politik dengan sekolah tahfiz? jangan bimbang serban putih ini tidak mengugat ….
    kenapa tidak ada menteri yang bangun mengatakan tahfiz akan di bantu … dibinakan bangunan dan di selaraskan di bawah kem pendidikan….
    kenapa tidak ada suara2 utk memartabatkan institusi tahfiz…. berdiri gah seperti srkolah chung hwa…. pin hwa…. hin hwa… kwang hwa (go visit this schools in klang)…
    sampai bila kita hendak melihat tahfiz… menumpang disurau… rumah2 kedai….. rumah2 corner yg di ubahsuai…. dan rumah2 banglo usang yang tak tahu bilakah pendawaiannya pernah diselenggara kali terakhir….? ustaz2nya memandu van burok membawa anak2 ini ke kenduri sana sini…. sampai bila…
    berapa banyak nyawa lagi?
    saya pohon sekali lagi ……
    jangan komen jika tidak tahu apa yang dialami oleh institusi pendidikan tahfiz..
    jangan salahkan mudir atau pengurusan tahfiz. mereka telah banyak berkorban….
    jangan kata ibubapa tidak peduli. kami punya kekangan kewangan juga untuk memilih tahfiz yg bertilam empuk dan spinkler sana sini.
    Bantu la anak2 tahfiz… kita tidak tahu siapa di antara mereka yang akan solat dan talkinkan kita nanti…
    Maafkan saya jika terkasar bahasa dan doakan Naufal…….
    Wallahualam & Selamat Hari Malaysia

  5. HIKMAH DISEBALIK TRAGEDI SEKOLAH TAHFIZ.

    1. Munculnya golongan cerdik pandai pasal teknologi tapi memperlekehkan laungan azan.

    2. Munculnya mahasiswa yang melabelkan hantar anak kesekolah cina kebih baik hantar ke tahfiz.

    3. Munculnya artis popular yang tidak boleh menerima “MATI SYAHID” pada pelajar yang terkorban dengan menyalahkan soal keselamatan dan kecuaian.

    4. Munculnya ilmuan yang menghuraikan panjang lebat berkenaan kelulusan tenaga pengajar sekolah tahfiz dan peranan mereka tetapi belum ada huraian dari ilmuan berkenaan Festival Arak yang akan berlansung tidak lama lagi.

    5. Wujudnya golongan-golongan yang sangat suka pusat tahfiz ditutup. Alangkah indahnya kalau mereka membantu menyumbangkan idea untuk menyelamatkan pusat tahfiz.

    6. Yang terakhir adalah peluang untuk kita semua memyumbangkan tenaga, akal fikiran serta wang ringgit untuk membantu pusat tahfiz berkenaan sekaligus menjadi bekalan saham kita di akhirat.

    Kepada keluarga mangsa semoga terus tabah dan redha diatas pemergian putera kesayangan. Semoga syurga tempat mereka.

    Kepada pihak pengurusan, teruskan usaha murni mendidik anak bangsa dengan ilmu Al-Quran.

    Kepada pembaca posting ini, teruskanlah berdoa agar segala niat yang baik untuk anak bangsa dan masa depan generasi masa depan sentiasa berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah.

    #trageditahfiz

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s